Skip to content

Nasi Minyak Hujan Panas Bersama Ayam Masak Merah

    Nasi Minyak Hujan Panas Bersama Ayam Masak Merah

    Difficulty: Medium

    bahan-bahan

    • Bahan-Bahan – Nasi Minyak Hujan Panas
    • 3 cawan beras basmathi

    • 1 biji bawang besar

    • 5 ulas bawang putih

    • 1 inci halia

    • Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga

    • 2 sudu besar mentega/ minyak sapi

    • 1 kiub pati ayam

    • 1/2 cawan susu cair

    • 2 helai daun pandan

    • Pewarna (hijau, merah, kuning)

    • Kismis

    • Bawang goreng

    • Bahan-Bahan – Ayam Masak Merah
    • 1/2 ekor ayam

    • 2 cawan cili kisar

    • 1 biji bawang besar*

    • 4 ulas bawang putih*

    • 1 inci halia*

    • 4 ulas bawang merah (dihiris halus)

    • Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang)

    • 2 sudu besar sos cili

    • 1 sudu besar sos tiram

    • 1 sudu besar sos tomato

    • 1 cawan air

    • Garam dan gula secukupnya

    • Hiasan- daun bawang/daun ketumbar

    • *bahan kisar

    • Bahan-Bahan – Kari Dalca Telur
    • 5 biji telur – direbus

    • 2 biji kentang

    • 1 biji lobak merah

    • 1 biji tomato

    • 1 biji terung

    • 1/2 cawan kacang dhal (rendam lebih kurang 2-3 jam)

    • 1/2 kotak santan

    • 2 sudu besar rempah kari

    • Minyak

    • Gula dan garam

    • Air secukupnya

    • Bahan tumis
    • 1 tangkai daun kari

    • 5 biji bawang merah *

    • 3 ulas bawang putih*

    • 1/2 inci halia *

    • *dihiris halus

    cara-cara

    • Nasi Minyak Hujan Panas
    • Beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya.
    • Panaskan mentega tumis bawang dan halia yang telah dikisar.
    • Masukkan 3 sekawan dan daun pandan.
    • Bila bawang dah garing, masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan garam
    • Tuangkan dalam periuk nasi.
    • Biarkan nasi masak, bila nasi dah kering titikkan pewarna
    • Biarkan 5 minit baru gembur-gemburkan nasi guna garfu supaya nasi tak patah.
    • Taburkan kismis dan bawang goreng.
    • Ayam Masak Merah
    • Ayam digaul dengan serbuk kunyit+garam dan goreng hingga masak.
    • Guna minyak goreng ayam tadi goreng bawang merah yang dah dihiris tadi dan angkat ketepikan,
    • Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan.
    • Bila dah naik bau, masukkan cili kisar.
    • Tumis hingga cili garing.
    • Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
    • Masukkan air.
    • Perasakan dengan garam dan gula.
    • Bila dah mendidih masukkan ayam dan biarkan seketika.
    • Taburkan bawang merah goreng tadi dan tutup api.
    • Hiaskan dengan daun ketumbar/ daun bawang
    • Kari Dalca Telur
    • Tumis bahan-bahan hiris dan biarkan hingga naik bau.
    • Masukkan rempah kari dan sedikit air.
    • Masukkan rempah kari dan masak hingga naik minyak.
    • Masukkan kacang dhal, ubi kentang, karot dsn terung tadi.
    • Masukkan santan.
    • Biarkan mendidih.
    • Masukkan garam dan gula.
    • Kalau nak kuah banyak letakkan air lagi sedikit.
    • Akhir sekali masukkan telur rebus.
    • Biarkan kuah masak hingga pekat sedikit dan dah siap.
    • Masukkan cili merah/ cili hijau jika suka.
    • Kalau ada kacang panjang boleh je nak letak.

    Notes

    • Credit to: Hidayati Hana (https://www.rasa.my/cara-buat-nasi-minyak-hujan-panas-bersama-ayam-masak-merah-dalca-telur-resipi-lengkap-gerenti-jadi/)