Skip to content

Lemang Kukus

Lemang Kukus

Difficulty: Medium

bahan-bahan

  • 1/2 kg beras pulut – cuci & toskan

  • 600ml santan pekat

  • 1 sudu teh garam halus

  • 5-6 biji cawan kertas (yang saiz tinggi)

  • Daun pisang secukupnya

cara-cara

  • Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas (saya buat 2 lapis daun pisang).
  • Letakkan beras pulut yang dah dicuci hingga 3/4 penuh atau hampir penuh.
  • Santan dicampur dengan garam lalu kacau sebati. Tuang ke atas pulut hingga lebih sedikit dari paras pulut (lebih kurang setengah inci). Kalau suka lemang tu agak lembik/lembut boleh lebihkan santan.
  • Letakkan cawan kertas berisi pulut dan santan ke dalam periuk pengukus yang dah dipanaskan airnya.
  • Kukus selama 50-60 minit atau hingga lemang masak. Selepas 30 minit mengukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dengan garfu supaya santan menyerap sepenuhnya ke bahagian bawah.
  • Gunting cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut citarasa. Boleh makan dengan rendang, kari ayam/daging, serunding, sambal tumis dan dengan durian pun sedap.

Notes

  • Credit to: Chef Sue M Arukin (https://www.rasa.my/chef-sue-kongsi-cara-masak-lemang-kukus-guna-cawan-kertas/)