Skip to content

Nasi Lemak

Nasi Lemak

Difficulty: Medium

bahan-bahan

  • Bahan-bahan untuk kisar halus (sambal)
  • 1 ½ biji bawang besar

  • 4-5 biji bawang merah kecil

  • 4 ulas bawang putih

  • ½ inci halia

  • 25-35 biji cili kering

  • ½ inci belacan

  • ½ cawan ikan bilis

  • sedikit air

  • Bahan-bahan untuk sambal tumis:
  • ½ – 1 cawan minyak masak

  • ½ biji bawang besar

  • air asam jawa

  • gula melaka

  • ½ – 1 biji bawang holland

  • 1 helai daun pandan

  • garam secukup rasa

  • Bahan-bahan untuk nasi lemak:
  • 1 biji bawang merah kecil

  • 1 inci halia

  • 3 cawan beras

  • 4 ½ cawan (santan + air)

  • 1 helai daun pandan

  • ½ sudu kecil halba (optional)

  • garam secukup rasa

  • Bahan-bahan untuk hidang:
  • kacang tanah goreng

  • ikan bilis

  • telur rebus

  • telur goreng

  • timun

Cara-cara

  • Cara-cara untuk sambal tumis:
  • Rebus cili kering dengan air secukupnya hingga tenggelam sebelum dikisar, lalu toskan air.
  • Panaskan minyak dan tumis hirisan halus bawang besar sekadar lembut.
  • Masukkan bahan kisar halus, sedikit air, air asam jawa, dan gula melaka. Masak sehingga sambal pekat dan kering dengan api yang sederhana.
  • Selepas anggaran 40 minit, masukkan bawang holland, tambah pandan jika mahukan sambal lebih wangi, dan garam secukup rasa.
  • Masak dalam anggaran 15 minit sampai bawang holland menjdai lembut.
  • Cara-cara untuk nasi lemak:
  • Panaskan minyak bersama majerin hingga mendidih
  • Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung gandum. Tuang cairan minyak
  • Hiris nips bawang merah kecil dan halia.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan hiris nipis, daun pandan dan beras.
  • Masukkan santan dan air, garam secukup rasa, halba (pilihan) lalu pindahkan semua kedalam periuk nasi.
  • Cara-cara untuk hidang:
  • Rebus telur dan potong timun.
  • Goreng kacang tanah sehingga kekuningan dengan api yang perlahan dan kerapkan menggacau untuk mengelakkan ia hangus.
  • Goreng ikan bilis sehingga garing. Bila sudah tak berbuih minyak, angkat dan tos minyak.
  • Sediakan kertas balutan dan letakkan daun pisang menegak dari kertas, lalu sukat nasi dengan cawan dan letak di atas daun pisang.
  • Hiaskan di atas nasi lemaktelurm timun, kacang tanah, ikan bilis dan sambal tumis.
  • Balut nasi lemak dengan kemas.
  • Tip:
  • Jika menggunakan cili kering untuk diuat sambal, rebus dan dibuang biji.
  • Selepas rebus telur, rendamkan ia sekejap dalam air paip untuk memudahkan mengupas kulitnya nanti.
  • Kacang tanah yang sudah kekuningan, hendaklah diangkat segera kerana proses memasak masih berlaku walaupun sudah diangkat. Boleh saja diletakkan bawah kipas untuk elakkan hangus.
  • Jika inginkan biji cili kering hancur semasa dikisar, boleh ditambah sedikit minyak masak.
  • Jika memasak sambal, minyak haruslah lebih agar cili cepat masak dan dimasak sempurna dan boleh saja menggunakan minyak bekas goreng ikan bilis.
  • Jika menggunakan santan kotak, letakkan minyak sedikit, jika santan asli tak mengapa.
  • Layur daun pisang untuk menggelakkan ia mudah koyak untuk dipotong.

Notes

  • Credit to: Che Nom – https://resepichenom.com/resepi/nasi-lemak-bungkus/show