Skip to content

Nasi Goreng Yong Chow

    Nasi Goreng Yong Chow

    Difficulty: Medium

    bahan-bahan

    • 2 mangkuk nasi putih

    • 2 biji telur

    • isi ayam, hiris nipis

    • isi udang

    • sayur campur (karot, kacang pis, isi jagung)

    • lada sulah

    • 1 kiub ayam

    • 1/2 sudu kecil minyak bijan

    • sedikit minyak untuk menumis

    • Bahan tumbuk kasar (nak hiris nipis pun boleh):

    • 3 ulas bawang putih

    • 2 biji bawang merah

    • Bahan untuk hiasan:
    • bawang goreng

    • hirisan daun bawang

    • hirisan cili

    • timun

    • sambal belacan

    Directions

    • Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk kasar. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
    • Masukkan isi ayam dan kacau sampai agak masak dan masukkan pula isi udang.
    • Kais sedikit bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur berketul-ketul.
    • Masukkan pula kiub ayam yang dihancurkan, lada sulah dan juga sayuran campur.
    • Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing.
    • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hati-hati masukkan garam kerana kiub ayam sudah masin rasanya. Angkat dan hidang bersama bahan hiasan.

    Notes

    • Jangan gunakan nasi yang baru masak untuk nasik goreng kerana ia akan melekat semasa digoreng. Nasi yang paling sesuai ialah nasi sejuk. Kalau tak ada nasi sejuk, pastikan nasi yang di masak itu disejukkan betul-betul barulah boleh digunakan untuk masak nasi goreng. Che Nom selalu letak di bawah kipas dahulu untuk sejukkan nasi.
    • Credit to: Che Nom (https://resepichenom.com/resepi/nasi-goreng-cina/show )