|
|
 |
| Profail Korporat |
 |
|
|
|
|
Latarbelakang Dan Sejarah
Serba Wangi Sdn Bhd mula beroperasi pada 1993 dan merupakan salah satu pengedar beras yang paling terkemuka di Malaysia pada masa sekarang.
Memberi tumpuan kepada perniagaan beras, aktiviti utama termasuk memproses, membungkus, pemasaran dan juga pengedaran beras jenama masyur di Malaysia seperti Jati, Kapal Layar, Carnation, Songhe Noble Pine Crane dan Fres-Harves ecoBrown's.
Untuk memperkukuhkan perikatan strategic dalam perniagaan beras, pada tahun 1999, Serba Wangi Sdn Bhd telah menyertai Kumpulan Perniagaan Padiberas Nasional Berhad atau BERNAS. Kini Serba Wangi Sdn. Bhd. beribu pejabat di Bukit Raya, Pendang yang terletak di Negeri Kedah Darul Aman atau dikenali sebagai "Jelapang Padi Malaysia".
Kecemerlangan Dalam Kualiti Produk
Rahsia kejayaan Serba Wangi Sdn Bhd terletak pada beras tempatannya yang berkualiti tinggi. Kebanyakan beras ini pada amnya dibekalkan kepada Serba Wangi Sdn Bhd oleh Ban Heng Bee Rice Mill (1952) Sdn Bhd yang merupakan kilang beras yang terbesar di Malaysia dan juga pemenang Anugerah Kilang Beras Terbaik pada tahun 1988.
Dengan berasaskan mesin-mesin yang canggih, moden, terkini dan menggunakan sistem pengeringan semulajadi yang menggunakan haba dari wap panas yang dimampatkan. Kaedah mesra alam "COGEN" yang pertama di Malaysia dari Eropah ini memastikan bahawa produk-produk keluaran Serba Wangi Sdn Bhd ini mempunyai kualiti yang tinggi dan tahap kebersihan dan ketulinan yang sungguh cemerlang dalam pengeluaran beras. Ban Heng Bee Rice Mill akan sentiasa mengekalkan kebaikan dan kelazatan semulajadi setiap butir beras yang dikeluarkan olehnya.
Kami pastikan semua kakitangan kami yang cukup terlatih dan juga mahir sentiasa mengawasi kualiti beras dalam setiap peringkat proses, daripada pengeluaran hingga ke pengedaran untuk memastikan hanya yang terbaik sahaja sampai ke setiap pelanggan kami.
Produk Masyur Dengan Pelbagai Pilihan
Serba Wangi Sdn Bhd memasarkan berberapa jenis produk beras seperti Beras Organik, Beras Wangi, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Rebus, Beras Basmathi dan sebagainya. Ia juga memberi pilihan yang luas kepada pengguna untuk memilih saiz bungkusan yang terdiri daripada 1kg, 2kg, 5kg hingga 50kg. Ia telah menjadi kepercayaan Serba Wangi bahawa bukan sahaja harus kita memberi pilihan pelbagai beras malah memberi pengguna kepercayaan serta rasa selera apabila menggunakan produk kami. Oleh yang demikian, semua beras yang diproses oleh syarikat kami mempunyai sijil rasmi pengiktirafan HALAL.
JATI merupakan salah satu jenama beras yang paling laris dan pilihan utama rakyat Malaysia. Menurut kajian yang dilakukan oleh firma AC Nielsen, JATI mengekalkan kedudukan sebagai Jenama No.1 di Malaysia dalam kategori Penjualan (Market Share) dan juga Pengenalan Jenama (Brand Awareness) 5 tahun berturut-turut sejak tahun 2001. Kejayaan ini menjadi realiti kerana konsep pembinaan jenama yang teguh yang telah diamalkan sejak turun temuran dan juga kempen promosi dan pengiklanan yang dilakukan oleh satu syarikat yang mempunyai kepercayaan terhadap kualiti dan juga daya penarikan terhadap produknya. Pada masa yang sama sistem pengedaran yang luas dan rangkaian anak syarikatnya yang berlokasi di Perai, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan Johor juga telah memainkan peranan penting terhadap kejayaan ini.
|
|
| Visi Korporat Serba Wangi |
 |
|
|
 |
- Untuk mengedar produk dan perkhidmatan kepada rakan perniagaan dengan mutu yang tertinggi dan juga kualiti untuk memenuhi citarasa maksima pengguna.
- Untuk mengukuhkan pasaran semasa dengan sokongan pengiklanan, promosi dan publisiti yang tinggi untuk membina nama jenama yang lebih kuat dan juga penyedaran jenama yang lebih tinggi.
- Untuk menjadi satu syarikat komprehensif dan juga dominan utama dalam industri pengedaran makanan dan pada masa yang sama mengujudkan transformasi kepada satu syarikat dengan pelbagai kebolehan.
|
|
| Pengiktirafan Antarabangsa Dan Pencapaian Anugerah |
 |
|
|
 |
Dalam kegigihannya untuk mencapai produk dan perkhidmatan cemerlang, Serba Wangi Sdn Bhd telah menerima banyak pengiktirafan yang positif di dalam dan juga luar Negara.
Satu pencapaian yang mencatit sejarah bagi Serba Wangi Sdn Bhd merupakan penerimaan anugerah yang berprestij ISO 9001:2000 Sijil Pengurusan Sistem Kualiti oleh International Lloyd's Register Quality Assurance - untuk pembungkusan dan juga pemborongan beras. Ini merupakan pengiktirafan yang pertama oleh pemborong beras di Malaysia hasil daripada kawalan kualiti yang ketat di setiap peringkat proses pengeluarannya.
Kejayaan Serba Wangi Sdn Bhd yang terkini ialah ASEAN Clean Energy Award 2003, penganugerahan Anugerah Reader Digest Superbrands, Anugerah Reader Digest Trusted Brand dan Anugerah Superbrands Malaysia. Anugerah Superbrands ini diberi kepada syarikat yang memenuhi syarat dalam lima aspek utama - Penguasaan Pasaran ; Daya Ketahanan ; Keboleh Percayaan ; Kesetiaan Pengguna ; dan Penerimaan Pasaran Secara Keseluruhan. Penerimaan anugerah ini mengukuhkan lagi prinsip kepercayaan Serba Wangi Sdn Bhd yang memberi keutamaan kepada keperluan pelanggan mereka.
Apa yang lebih penting adalah Serba Wangi Sdn Bhd telah berjaya menerima pengiktirafan antarabangsa kerana proses pengeluaran produknya dikawal dengan begitu ketat dan juga kualiti pengeluarannya yang tidak boleh dikompromi.
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|